Friday, November 27, 2015

RESEPI CHAR KUEW TEOW




Assalamualaikum dan selamat petang!

Seperti yang dijanjikan sebelum ini.. Hari ini kami akan kongsikan
RESEPI CHAR KUEW TEOW

Tempoh memasak - sederhana cepat & cepat.
Tahap api - sederhana besar & besar.

BAHAN PASTE CHAR KUEW TEOW
200gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih ditumbuk lumat
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar petis
(Jika tiada petis, gantikan dengan pati ikan bilis)
1 kiub - jika guna kiub
2 sudu besar - jika guna serbuk
2 sudu kecil garam (Sesuaikan garam, sebab sos tiram biasanya masin)
1 sudu makan gula (Sesuaikan ikut rasa anda)

Bahan-bahan Char Kuey Teow Special:
200gm kuey teow (segenggam untuk 1 orang makan)
1 sudu makan cili kisar
4 sudu besar paste char kuey teow
3-4 ekor udang
kalau makan kat luar, char kuey teow BIASA udangnya 2 je. char kuey teow SPECIAL udangnya 4. Kalau masak sendiri terus jadi special. Letak lebih pun boleh. ^_^
1 biji telur
Sedikit Kerang (jika suka)
Taugeh
Daun kucai
Sedikit garam

Cara-Cara
Masak Paste Char Kuey Teow Special:
Rebus udang separuh masak. Toskan udang dan ambil air stok udang.
Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis, bawang putih, garam, gula, petis @ pati ikan bilis ke dalam air stok udang.
Masak campuran stok ini hingga agak pekat. Kepekatan ini bergantung dengan anda. Asalkan paste tu ada rasa. Bolehlah jadi chef sendiri. Paste dah siap, boleh simpan untuk persediaan anda memasak char kuey teow.
Masak Char Kuey Teow Special:
Tumis cili kisar hingga pecah minyak.
Masukkan 4 sudu besar paste.
Masukkan kerang dan udang. (Guna yang fresh untuk lebih rasa yang BOOM!)
Kacau sebati dan masukkkan 1/2 cawan air. (Anggaran dalam 100ml)
Kuah mendidih, masukkan kuey teow, daun kucai, taugeh, garam dan gaul sebati lagi.
Pecahkan telur, kacau sekejap sehingga telur hancur sebati dan terus matikan api.

Sedia untuk dihidangkan.



SELAMAT MENCUBA!

UNTUK LEBIH LAGI PERKONGSIAN ILMU,
BOLEH HUBUNGI KAMI DI TALIAN

017-781 6884

Monday, November 9, 2015

PERSIAPAN KATERING & KANOPI
DI PARIT PT.SAMSU

Alhamdulillah..

Pemasangan kanopi akhirnya siap jua..
Majlis tuan rumah akan bermula pada hari esok..

Kami akan bersama menjayakan majlisnya.. Sudah tentu ia detik yang paling indah buat tuan rumah,
kerana kami telah berjaya memenuhi impian mereka. Package katering kami meliputi, kanopi, kain tirai dengan pelbagai pilihan warna, meja, kerusi, alas meja eksklusif dan yang paling istimewa kambing golek leleh!

Jadi, kepada anda semua, tidak perlu berfikir panjang lagi!
kerana, PERSIAPAN ADALAH SECARA PERCUMA!!
kami akan selesaikan segalanya untuk anda!


HUBUNGI TALIAN DIBAWAH!
06-987 2757 / 017-7816884





Thursday, November 5, 2015

RESEPI TOM YAM KUNG.



Umumnya sudah tahu, Thailand amat terkenal dengan Tom Yam nya yang terbaik!
Dibawah ini, senarai bahan dan cara memasak Tom Yam versi Thai!~

Bahan-Bahan:

Bahan untuk tomyam paste:
15-20 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
1 biji bawang besar, hiris kasar
5 ulas bawang putih, hiris kasar
2 inci lengkuas. hiris kasar
2 inci halia. hiris kasar
5 helai daun limau purut, hiris kasar
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar udang kering, rendam dengan sedikit air sehingga lembut
1 cawan air asam jawa
2 sudu besar gula perang (gula pasir biasa pun boleh)
2 batang serai. hiris nipis
2 sudu besar sos ikan Thai
1 senduk minyak untuk menumis
Bahan untuk kuah Tomyam:
3 cawan air (boleh juga guna air rebusan ayam atau seafood, lagi sedap )
isi ayam, bahagian dada dihiris nipis
udang, dibuang kepala
sotong, potong ikut kesukaan anda
1/2 batang karot
1 biji tomato, potong 4
cendawan tiram, jika suka
1 batang serai
4 helai daun limau purut
10-15 biji cili padi, belah dua di bahagian atas jangan smpai terputus
2 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis, ambil jus
tomyam paste (separuh dari bahan tomyam paste yang disediakan di atas)
sedikit daun ketumbar
1/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning, dipotong 4
Cara Penyediaan:

Cara memasak untuk tomyam paste:
Kisar semua bahan tomyam paste (kecuali minyak masak) di dalam blender sehingga halus.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masak di atas api yang sederhana dan selalu kacau supaya tomyam paste tidak hangus.
Kacau sehingga tomyam paste bertukar kepada warna merah gelap dan pecah minyak. Anggaran masa 20-30 minit.
Angkat dan sejukkan.
Cara untuk masak tomyam:
Panaskan air. Masukkan tomyam paste (separuh dari tom yam paste yang dimasak di atas). Masak kuah sehingga mendidih dan masukkan serai bersama karot dan masak seketika hingga karot sedikit lembut.
Selepas itu masukkan ayam, seafood, cendawan, jus limau nipis, cili padi, bawang holland dan sos ikan. Rebus seketika sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan tabur dengan hirisan daun ketumbar.

Tips:
Jangan rebus seafood terlalu lama kerana seafood seperti udang akan mengecut dan keras, sotong juga akan jadi liat dan keras. Memadai dengan hanya beberapa minit di dalam kuah yang mendidih.

SELAMAT MENCUBA!



Tuesday, November 3, 2015

AWAS!! SILA BACA DENGAN TELITI..

D'impian Catering & Canopy, Promosi Pakej Catering Perkhawinan 2016. Alhamdulilah, Sejak 6 tahun lalu semakin ramai yang memberi sokongan dan menempah dari syarikat kami. Setiap minggu kami menguruskan banyak tempahan pemajlisrkahwinan. 
.
Perkhidmatan Catering dengan harga promosi. Kami menyediakan perkhidmatan catering di sekitar daerah Muar, Batu Pahat, Ledang, Tangkak, Kluang, Segamat dan Parit Raja dan secara umumnya di sekitar Johor dan Melaka.
.
Kami adalah syarikat pengurusan acara dan catering yang berpengalaman lebih 6 tahun dalam bidang ini.
.
------------------------------------------------------------
PROMOSI CATERING DENGAN HARGA ISTIMEWA
------------------------------------------------------------
.
Kami beroperasi di :
.
D'impian Resort & Training Centre
Lot 3842B,Parit Kassim,
Parit Jawa, Muar
.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi :
013-7999415 (Baharuddin Mohamed)
017-7816884  ( Huda )
019-7778431 (Puan Zawiyah Saimin)
.
Kami merupakan syarikat penyedia sajian yang berpengalaman lebih dari enam tahun untuk pelbagai jenis majlis, antaranya ialah Majlis Perkahwinan, Sambutan Ulangtahun, Majlis Berbuka Puasa, Sarapan Pagi & Petang, Majlis Tahunan, Majlis Keramaian, Majlis Kesyukuran, Majlis Rumah Terbuka, dan Hari Perayaan.
.
Dengan membekalkan tenaga pekerja yang professional, kami mampu menyediakan pelbagai jenis majlis makan melebihi 1000 orang ke atas.