Friday, August 1, 2014

Majlis perkhawinan di D'impain Country Resort

Pada 1 Ogos 2014, Kami telah meraikan majlis perkhawinan antara Nuris dan suaminya.Di  D'impian Country Resort juga boleh mengadakan pakej perkhawinan dan hari keluarga. Kemeriahan laman pengantin yang berkonsepkan perkhawinan dalam taman sangat menarik.

Majlis hari ini di serikan lagi dengan beberapa persembahan dari kumpulan ghazal kampung parit kuda, kumpulan zapin dari parit bulat dan kumpulan kompang dari sungai muda. Catering di sediakan oleh anak syarikat D'impian Group iaitu D'impain Catering.

Majlis akad nikah juga dibuat di villa D'impian 

Laman Pengantin berkongsepkan majlis dalam taman

Kambing Golek hidangan istimewa dari D'impain Catering 


Penari zapin 

Ghazal dari kampung parit kuda

Kumpulan kompang dari sungai muda

Pengantin senyum manis, dua sejoli 


Makan beradab

Suasana malam di laman pengantin di D'impain Country Resort 

Bersama rakan taulan pengantin
 

Tuesday, July 29, 2014

Catering Open House Hari Raya

29 July 2014 adalah hari kedua hari raya. Dimpian Catering dah mulakan tugas. Hari ni kami ada catering open house di rumah Datin Aina di Sri Medan. Ribuan terima kasih kepada kru yang sanggup bekerja di hari raya. 





 

Wednesday, July 23, 2014

Selamat Hari Raya 2014



Kami mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua staf dan pelanggan d'impian Group

Monday, July 7, 2014

Majlis Berbuka Puasa Bersama anak yatim








Pada 06 Julai 2014 yang lepas kami mewakili Yayasan Zaba dan staf D'impian Group dapat berbuka puasa bersama 100 orang anak-anak yatim Muar. Majlis di adakan di rumah anak yatim muar di Tanjung Agas.

Saya dan isteri puan zawiyah serta bebarapa orang staf telah dapat bersama mereka solat magrib dan berbuka bersama. sungguh indah dan tenang suasana itu membuatkan hati saya semakin dekat dengan anak-anak ini.

Aktiviti ini adalah aktiviti tahunan yang dianjurkan bersama antara yayasan zaba dan staf d'impian group. moga ianya diberkati

Baharuddin Mohamed
D'impian Group
yayasan zaba

http://yayasanzaba.blogspot.com

Friday, July 4, 2014

Tempahan Nasi Arab untuk Jamuan Hari Raya.




Tempahan Nasi Arab untuk Jamuan Hari Raya.

Hari raya menjelang tiba, Pihak d'impian menawarkan untuk mereka yang ingin membuat tempahan catering untuk hari raya.

Antara menu yang boleh di buat adalah

1. Ketupat berlauk
2. Nasi Beryani Tanjung Tohor
3. Nasi Arab Yamani

Kami juga siap dengan peralatan, staf dan canopy. Boleh terus mengubungi puan haslina (0196895554 ) Baharuddin (013-7999415).

Harga di runding mengikut menu .

Kami juga menerima tempahan untuk majlis perkhawinan . 

Monday, April 21, 2014

TAWARAN SEMINAR CATERING




----------------------------------------
TAWARAN SEMINAR CATERING
----------------------------------------

Mak nasihatkan saya, " bekerja apa yang kamu minat bukan apa yang kami tahu ". Susah juga nak faham mula-mulanya.


Katanya lagi " kalau kamu belajar masak, jangan bekerja bidang masak ...takut-takut sampai bilapun kamu akan jadi tukang masak. Tapi kalau kamu suka memasak, kebetulan kamu pandai memasak itu tidak mengapa " . Terbalik pula prinsipnya dengan banyak buku dan pakar motivasi, ramai yang suruh mula berniaga apa yang kita tahu.

Salah satu bisnes dimpian group adalah bisnes catering. Saya tak tahu memasak dan saya tidak belajar dalam bidang masakan. Tetapi saya sangat MINAT dengan masakan dan memgurus event. Sebab itu mungkin saya boleh membuka dimpian catering.

Bisnes catering boleh membawa keuntungan yang baik jika diurus dengan baik. Bayangkan jika sebulan kita mendapat 20 tempahan event dengan purata 15k satu event. Berapa kita dapat?

Anda boleh mengawal pembelian barang-barang mentah dan mengurus event dengan baik dgn tenaga kerja yang betul. Untung anda mungkin sehingga 50% satu event.

Lagipun kalau anda hanya suri rumah dan mahu buat kecil-kecilan pun boleh dijalankan perniagaan di rumah sendiri.

Bisnes catering, anda akan mendapat bayaran dulu sebelum anda buat event...ya..dapat bayaran dulu dan anda tidak perlu bermodal besar. Anda pelek ke...? Susah nak cari bsines orang bayar dulu baru buat kerja. Bisnes ini bisnes mengurus sebenarnya , kurang resiko.

$$$$$$$
Seminar catering
$$$$$$$

Saya dapati jarang dapat satu seminar yang akan diajar semua perkara secara prektikal. Saya nak buat satu seminar catering secara prektikal pada 29, 30 APRIL dan 1 MAY 2014 iaitu selasa , rabu dan khamis di D'impian Resort & Traning Centre MUAR .

Apa yang anda belajar dalam seminar tu nanti::

1. BMC untuk catering (bisnes model canvas)

2. Stratigi pemasaran catering

3. Pasang canopy dan setup maja secara prektikal. Kita buat sama-sama

4. Belajar masak nasi minyak dan lauk.

5. Selok belok bisnes catering seperti kerenah pelanggan dan pembekal.

6. Pengurusan staf pramusaji.

7. Menjaga kualiti

Saya hanya mengambil 20 peserta yang berminat. Seminar ini adalah seminar kali kedua. Dan 7 dari 10 peserta sebelumnya telah berjaya bisnes sendiri. Anda perlukan ilmu mengelakkan anda rugi banyak. Susah nak belajar dari mereka yang memang ada syarikat catering.

Kepada 10 peserta terawal saya akan berikan potongan yuran dan ....... hadiah yang saya berikan.

jika anda berminat , SMS kan saya ' Catering ' dan hantar ke 013-7999415. Bertindak sekarang.

http://dimpiancatering.blogspot.com/